Posts

Tuhan afajnqnizzqhqizj

  "Kamu menyebut Aku Guru dan TUHAN, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan TUHAN." (John 13:13) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~ Saya tertarik dengan satu video di Youtube dimana seorang peserta Kristian di forum Dr Zakir Naik* bertanyakan tentang status dakwaan Yesus yang mengaku sebagai Tuhan dalam ayat diatas semasa beliau berforum di Indonesia. Hal ini mungkin bertitik tolak dari cabaran Dr Zakir Naik dalam forumnya yang meminta supaya mana-mana individu dapat mendatangkan satu ayat bukti dari Bible dimana Yesus mengaku sebagai 'Akulah Tuhan' dan 'sembahlah Aku'. Sebenarnya cabaran itu bukan sahaja popular dengan Dr Zakir Naik, malah guru beliau Syeikh Ahmad Deedat juga pernah memberi cabaran yang sama kepada para penentangnya.  Peserta yang merupakan rakyat Indonesia itu tentu saja menyangka bahawa beliau telah pun memberi 'jawapan' kepada cabaran Dr Zakir Naik itu. Namun, hal itu bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh Dr Zakir Naik,